Thursday, March 5, 2009

UPDATE: Jason Mraz Live in Stadium Negara

Memuaskan hati! Persembahan yang amat bertenaga daripada seorang penyanyi yang tidak asing lagi, iaitu Jason Mraz. Komunikasi yang amat baik dengan penonton dan ruang masa diisikan dengan baik di antara setiap lagu membuatkan penonton tidak merasa bosan.

Lagu-lagu yang didendangkan kesemuanya dinyanyikan dengan baik sekali sambil diiringi oleh para penonton yang memang dah hafal dah kesemua lagu-lagu beliau.

Ruang di RockZone amat panas sampaikan aku berpeluh dengan amat rancak sekali. Bagi aku, konsert beliau amat baik dari segi sistem bunyi, pencahayaan dan persembahan.

Salah satu konsert terbaik untuk tahun 2009 di Malaysia.

ps:- Aku tak hafal semua lagu Jason Mraz, aku hafal lagu Lucky dengan Geek In the Pink je.

1 comment:

Anonymous said...

aku maseh teringat zaman aku dulu... semasa itu aku diperli kerana menghafal lagu... huhuhuhu