Sunday, March 29, 2009

Bahasa Sarawak


Bahasa atau dialek Sarawak adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara semua kaum di Sarawak. Bahasa Sarawak kebanyakkannya mempunyai bunyi atau sebutan yang hampir sama dengan Bahasa Melayu Kebangsaan.

Contoh:
  1. abis - habis - finished
  2. boyak - buaya - crocodile
  3. coklet - coklat - chocolate
  4. dokon - dukun - witch doctor
  5. empap - hempap - to fall on
  6. gemok - gemuk - fat
  7. halo - halau - chase
  8. ias - hias - decorate
  9. jujor - jujur - honest
Dan untuk menunjukkan rasa bangga aku kat bahasa ibunda aku tercinta, maka dengan rasminya untuk entry ataupun post yang akan datang, 80% aku akan kendalikan dalam bahasa dan dialek Sarawak.

Untuk teman-teman di Semenanjung Malaysia dan Sabah, usah khuatir karena sekiranya anda tidak memahami dan tidak jelas dengan entry-entry yang akan datang ataupun ingin belajar lebih lanjut bahasa sarawak, anda bolehlah PM aku ataupun dengan mudahnya sila komen di entry dan post yang akan datang. Usah jadikan bahasa dan dialek sarawak sebagai penghalang untuk melayari blog aku.

ps:- Aku tiba-tiba jak jadi patriotik lepas dengar lagu Ibu Pertiwiku kat Youtube ngan menjelajah Sarawak kat dalam Google Earth. So, prepare jak entry/post aku lekak tok aku kan handle 80% dalam bahasa ibunda kita. Mun mok handle 100% pun kesian joak ngenang member-member kita semenanjung ngan Sabah.

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour : 60 minit


Malam ini, 28 Mac 2009, tutuplah segala jenis suis didalam rumah anda untuk 60 minit bermula dari pukul 8.30 malam. Berikanlah peluang kepada bumi kita ni untuk bernafas, bebas sebentar dari segala jenis racun dan gas yang disebarkan pabila suis dibuka.

Berikanlah sedikit masa untuk berterima kasih kepada bumi kita. Walaopon nampak kecik, tapi sumbangan kita ini amatlah bernilai.

Selamatkanlah bumi kita, kurangkan beban terhadapnya. Anda boleh mengubahnya!

ps:- Comfirm aku bergelap joak malam tok. Walaoponnampak kecik, tapi bila kita ramei-ramei polah sama-sama, kesannya terhadap bumi kita tok amat besar. Toklah masanya untuk kita balas balit jasa bait bumi kita selama tok terhadap kita.

Thursday, March 26, 2009

Maggi dan Aku

Maggi. Sape yang tak kenal maggi? Untuk student yang senantiasa sengkek macam aku ni, maggi ni ibarat sahabat sejati. Ade je di kala kesusahan dan kesempitan. Product latest (aku raselah) adalah Maggi Kari Letup. Lebih kenyal, lebih anjal dan lebih pedas dari biasa. Aku dah cube. Sedap tapi tak mengenyangkan untuk orang yang mempunyai nafsu makan yang luar biasa macam aku tapi cukuplah untuk sekadar mengalas perut. Nak makan lebih-lebih lak takde duit.

Nak masak maggi tapi tak tau caranya? Meh sini belajar ngan aku.

Mula-mula, isikan air ke dalam periuk atau kuali. Letak kat atas dapur, bukak api. Biarkan mendidih. Setelah air mendidih, masukkan maggi (sila pastikan anda tak memasukkan sekali dengan bungkusannya). Setelah maggi menjadi lembut, keluarkan maggi tersebut dan letak didalam mangkuk. Curahkan sekali air didihan kedalam mangkuk mengikut sukatan yang diingini. Lastly, masukkan perencah kari maggi ke dalam mangku tersebut dan walla! Enjoylah maggi anda. Syabas kerana berjaya masak maggi.

ps:- Aku lapar. Sapa-sapa mok belanja aku makan, silakan.

Thursday, March 5, 2009

UPDATE: Jason Mraz Live in Stadium Negara

Memuaskan hati! Persembahan yang amat bertenaga daripada seorang penyanyi yang tidak asing lagi, iaitu Jason Mraz. Komunikasi yang amat baik dengan penonton dan ruang masa diisikan dengan baik di antara setiap lagu membuatkan penonton tidak merasa bosan.

Lagu-lagu yang didendangkan kesemuanya dinyanyikan dengan baik sekali sambil diiringi oleh para penonton yang memang dah hafal dah kesemua lagu-lagu beliau.

Ruang di RockZone amat panas sampaikan aku berpeluh dengan amat rancak sekali. Bagi aku, konsert beliau amat baik dari segi sistem bunyi, pencahayaan dan persembahan.

Salah satu konsert terbaik untuk tahun 2009 di Malaysia.

ps:- Aku tak hafal semua lagu Jason Mraz, aku hafal lagu Lucky dengan Geek In the Pink je.

Monday, March 2, 2009

PC Aku Dah Ada Jantung Baru

Monitor CRT Samsung + CM690

Graphic card yang menyebabkan aku kerugian RM300 untuk membeli PSU baru sebab PSU yang sedia ada tak boleh nak support. Cis!! :(

Sedikit cable management dilakukan untuk memastikan pengaliran udara yang elok

Sedia untuk melancarkan Crysis >:))

Akhirnya setelah sekian lama aku menunggu, PC aku akhirnya boleh digunakan setelah menaik taraf PSU lama ke PSU baru. Tapi, kesabaran aku membuahkan hasil dan kini sedang bergembira menggunakan senjata baru.

ps:- Wallet aku berasap lagi :(