KoRn, satu nama yang tidak asing lagi untuk orang-orang macam aku. Band ni dikhabarkan akan perform di Sunburst 2009 yang akan diadakan pada 21 Mac ini! (sape-sape pinjamkan aku dulu duit weyh!)
Dikatakan official line-up untuk sunburst dah keluar dan koRn pun turut serta. Aduhh! Mane aku nak carik duit? Band ni aku minat sangat. Dah sebati dalam hidup aku dari zaman sekolah lagi.
Satu lagi event amal yang akan diadakan adalah acara "Malam Amal Akustik" yang akan diadakan di Kolej Tun Syed Nasir, UKM KL (berhampiran Tasik Titiwangssa).
Event ini akan menampilkan Rosin (dahulunya dengan nama RadioStar), Bunkface dan News at 11. Kesemua set akan dilakukan secara akustik (dah memang nama event akustik pon!). Sape-sape yang nak tengok derang ni perform sambil membuat amal, silelah ringan-ringankan kaki anda untuk datang ke event ni. Tiket tak mahal, RM10 je beb. Pahala comfirm dapat.
Kutipan amal akan disalurkan ke Rumah Kasih Harmoni dan event ini dijayakan secara usahasama oleh pihak UKM, Click A Child dan 4KL.
ps:-Bagus. Banyak sungguh event amal sekarang ni. Semoga Allah mencurahkan rezeki kepada kesemua yang menjayakan event-event amal. Amin
Aku hampir gila. Ya! GILA! Karena minggu ni aku amat stress sekali. Serba serbi tak kena. Asyik nak marah. Mungkin aku mengalami sindrom PMS, tapi yang herannya, aku seorang lelaki, tak mungkin mengalami sindrom tersebut. Ah! Mainan perasaan je kot.
Ingin aku kongsikan di sini bahawa, aku baru sahaja melalui satu peristiwa yang berkaitan dengan Mementingkan Diri Sendiri. Ustazah dan Ustaz aku di sekolah dulu sering memberi peringatan bahawa sifat mementingkan diri ini adalah sesuatu yang tak elok. Tapi yelah, tu dulu, sekarang tak tau le pulak kalau sifat ni dah jadi satu kemestian.
Aku cukup pantang bila ada orang yang hanya tau mementingkan diri sendiri. Hal yang berkaitan biarlah aku dan orang-orang yang tertentu sahaja yang tau. Aku takkan mengaibkan orang lain. Biarlah aku bersangka baik dengan menganggap mereka mempunyai misi yang lebih penting ketika itu.
Berbalik kepada isu tekanan, aku mengalami severe tension ataupon dalam bahasa ibunda kita, tekanan yang amat teruk. Ini menjadikan aku seorang yang pemarah dan ganas, ibarat kaum Lycans dalam cerita Underworld. Aku tak salahkan sesiapa tapi aku amatlah berkecil hati. Semoga perkara tersebut tak di ulangi pada masa hadapan.
ps:- Aku masih lagi tertekan sekarang, so sape-sape yang nak merasa penampar, penendang, penumbuk, maupon The People's Elbow, adalah amat di alu-alukan untuk buat lawak bodo+bangang kat aku. Sekian.
Haha. Post kali ni aku nak dedicate khas untuk member baik aku, iaitu saudara Syafiq Aizad, bersempena dengan ulangtahun beliau yang ke-23. Semoga dimurahkan rezeki dan maju dalam apa jua bidang yang diceburi.
ps:- haha. Sori bro. Aku sekda duit mok beli hadiah pake ko. Lak aku turun kl, aku cia ko minum.Nah, aku dedicate lagu birthday tok pake ko.
Jason Mraz, nama yang tak asing lagi dalam industri music, artis solo yang popular menerusi lagu-lagu hits beliau seperti "remedy", "you and I", "I'm Yours" dan yang terbaru "Lucky", akan meneruskan konsert jelajah beliau di Kuala Lumpur pada 4hb Mac 2009 bertempat di Stadium Negara pada pukul 8.00 malam.
Tiket boleh didapati pada harga RM258, RM208, RM168, RM138, RM88, RM68 dan boleh dibeli di:
> Axcess Office, Jalan Semangat > 1-Utama Shopping Complex > Stadium Putra Box Office, Bukit Jalil > Rock Corner, Midvalley Megamall > The Actors Studio, Bangsar > Lot 10 Tower Records > Parkson, Sunway Pyramid > Rock Corner, The Curve (bermula dari 15/01/09) > Tower Records, Gurney Plaza, Penang > Music Valley, Pelangi Leisure Mall, JB > Sungei Wang Counter dari pukul 12tgh hari sehingga 9 malam)
jason mraz - I'm Yours
ps:- cepat weyh. jason mraz amat best! rugi kalo tak pergi :D
Hijrah adalah sambutan tahun baru Islam, juga untuk memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah ke Madinah. Di sini aku dah tepekkan peta perjalanan hijrah Rasulullah S.A.W untuk sape-sape yang dah lupe (termasuk aku).
Sempena maal hijrah yang ke 1430 ni, aku berazam nak ubah diri aku. Aku tau yang selama ni aku lalai mengerjakan suruhan-Nya, aku nak ubah semuanya. Diri aku, study aku, dan semua yang melibatkan diri aku.. Insyaallah.
Sekali lagi aku nak ucapkan, selamat menyambut Maal Hijrah 1430.
Ps:- Aku heran, kebanyakkan orang lagi pentingkan perkahwinan Mawi dari sambutan maal hijrah. Kat mane-mane aku pergi je, aku dengar cerite Mawi.
MMUSIC SOCIETY akan menganjurkan sebuah charity concert pada 30hb Nov ini. Anda boleh refer kepada poster di atas untuk maklumat lanjut.
Demo News at 11 yang hampir 90% siap juga akan dilancarkan pada event itu gak. So, ringan-ringankanlah kaki anda untuk menghadiri event tu. tiket tak mahal.. RM7 je lagipun RM2 akan didermakan kepade PERNIM. Bile lagi kite nak buat kerja-kerja amal kan? Lagipon buat kerja kebajikan macam ni, Tuhan suke. Pahala pon bertambah.
ps:- Jumpe anda di sana.. di sanaa.. di saanaaaaaaaaaa~!!