Sunday, February 15, 2009

Tekanan dan Sifat Mementingkan Diri


Aku hampir gila. Ya! GILA! Karena minggu ni aku amat stress sekali. Serba serbi tak kena. Asyik nak marah. Mungkin aku mengalami sindrom PMS, tapi yang herannya, aku seorang lelaki, tak mungkin mengalami sindrom tersebut. Ah! Mainan perasaan je kot.

Ingin aku kongsikan di sini bahawa, aku baru sahaja melalui satu peristiwa yang berkaitan dengan Mementingkan Diri Sendiri. Ustazah dan Ustaz aku di sekolah dulu sering memberi peringatan bahawa sifat mementingkan diri ini adalah sesuatu yang tak elok. Tapi yelah, tu dulu, sekarang tak tau le pulak kalau sifat ni dah jadi satu kemestian.

Aku cukup pantang bila ada orang yang hanya tau mementingkan diri sendiri. Hal yang berkaitan biarlah aku dan orang-orang yang tertentu sahaja yang tau. Aku takkan mengaibkan orang lain. Biarlah aku bersangka baik dengan menganggap mereka mempunyai misi yang lebih penting ketika itu.

Berbalik kepada isu tekanan, aku mengalami severe tension ataupon dalam bahasa ibunda kita, tekanan yang amat teruk. Ini menjadikan aku seorang yang pemarah dan ganas, ibarat kaum Lycans dalam cerita Underworld. Aku tak salahkan sesiapa tapi aku amatlah berkecil hati. Semoga perkara tersebut tak di ulangi pada masa hadapan.

ps:- Aku masih lagi tertekan sekarang, so sape-sape yang nak merasa penampar, penendang, penumbuk, maupon The People's Elbow, adalah amat di alu-alukan untuk buat lawak bodo+bangang kat aku. Sekian.

No comments: