Tuesday, February 24, 2009

KoRn di Sunburst KL 2009?

KoRn, satu nama yang tidak asing lagi untuk orang-orang macam aku. Band ni dikhabarkan akan perform di Sunburst 2009 yang akan diadakan pada 21 Mac ini! (sape-sape pinjamkan aku dulu duit weyh!)

Dikatakan official line-up untuk sunburst dah keluar dan koRn pun turut serta. Aduhh! Mane aku nak carik duit? Band ni aku minat sangat. Dah sebati dalam hidup aku dari zaman sekolah lagi.

ps:- Teringat nostalgia jaming lagu-lagu koRn

Sunday, February 22, 2009

Lagi event amal jariah. Malam Amal Akustik UKM


Satu lagi event amal yang akan diadakan adalah acara "Malam Amal Akustik" yang akan diadakan di Kolej Tun Syed Nasir, UKM KL (berhampiran Tasik Titiwangssa).

Event ini akan menampilkan Rosin (dahulunya dengan nama RadioStar), Bunkface dan News at 11. Kesemua set akan dilakukan secara akustik (dah memang nama event akustik pon!). Sape-sape yang nak tengok derang ni perform sambil membuat amal, silelah ringan-ringankan kaki anda untuk datang ke event ni. Tiket tak mahal, RM10 je beb. Pahala comfirm dapat.

Kutipan amal akan disalurkan ke Rumah Kasih Harmoni dan event ini dijayakan secara usahasama oleh pihak UKM, Click A Child dan 4KL.

ps:-Bagus. Banyak sungguh event amal sekarang ni. Semoga Allah mencurahkan rezeki kepada kesemua yang menjayakan event-event amal. Amin

Sunday, February 15, 2009

Tekanan dan Sifat Mementingkan Diri


Aku hampir gila. Ya! GILA! Karena minggu ni aku amat stress sekali. Serba serbi tak kena. Asyik nak marah. Mungkin aku mengalami sindrom PMS, tapi yang herannya, aku seorang lelaki, tak mungkin mengalami sindrom tersebut. Ah! Mainan perasaan je kot.

Ingin aku kongsikan di sini bahawa, aku baru sahaja melalui satu peristiwa yang berkaitan dengan Mementingkan Diri Sendiri. Ustazah dan Ustaz aku di sekolah dulu sering memberi peringatan bahawa sifat mementingkan diri ini adalah sesuatu yang tak elok. Tapi yelah, tu dulu, sekarang tak tau le pulak kalau sifat ni dah jadi satu kemestian.

Aku cukup pantang bila ada orang yang hanya tau mementingkan diri sendiri. Hal yang berkaitan biarlah aku dan orang-orang yang tertentu sahaja yang tau. Aku takkan mengaibkan orang lain. Biarlah aku bersangka baik dengan menganggap mereka mempunyai misi yang lebih penting ketika itu.

Berbalik kepada isu tekanan, aku mengalami severe tension ataupon dalam bahasa ibunda kita, tekanan yang amat teruk. Ini menjadikan aku seorang yang pemarah dan ganas, ibarat kaum Lycans dalam cerita Underworld. Aku tak salahkan sesiapa tapi aku amatlah berkecil hati. Semoga perkara tersebut tak di ulangi pada masa hadapan.

ps:- Aku masih lagi tertekan sekarang, so sape-sape yang nak merasa penampar, penendang, penumbuk, maupon The People's Elbow, adalah amat di alu-alukan untuk buat lawak bodo+bangang kat aku. Sekian.